Saturday, September 28, 2013

Surah-surah penerang hati


Assalamu'alaikum, Sudah begitu lama saya tidak mengemaskini blog ni...diam tak diam dah lebih dua tahun! Begitulah betapa cepatnya masa berlalu dan berbagai kegiatan membuatkan kita kesempitan masa untuk memanfaatkan blog. Tentunya kerana ujudnya media komunikasi yang lebih popular seperti FACEBOOK. Walau facebook begitu cepat popular tetapi Blog tetap ada kelebihannya. Blog dapat memuatkan tulisan secara lebih tertib dan teratur. Perkongsian ilmu kali ini diambil dari rancangan "Assalamu'alaikum' di TV alhijrah yang mengundang ustaz Dr Mohd Izhar Ariff pada pagi tadi (28/9/2013-Sabtu). Ustaz menurunkan ilmu untuk diamalkan oleh pencinta ilmu untuk memudahkan proses menghadam ilmu dan mengingatinya. Ayat2 tersebut ialah:

 1-Ayat 66 surah al-khafi
mafhumnya:"Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

 2-Ayat 79 surah al anbiya
mafhumnya :"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

 3-Ayat 35 surah an-nur
Mafhumnya:'Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "

 4-Keseluruhan surah Asy-syar-h Rujuk di sini :http://www.surah.my/9

 5-Ayat 1-5 Surah al-'alaq Rujuk di sini :http://www.surah.my/9

 Amalkan membaca ayat2 tersebut setiap hari disamping al-fatihah dan selawat ke atas Nabi s.a.w. Sekian, semuga bermanfaat.

1 comment:

Al Quran said...

Masyallah. Terima kasih atas perkongsian artikel ini.


Blog Quran Malaysia