Tuesday, July 28, 2009

Amalkan manzil pun dikatakan bid'ah?

Saya rasa lucu dan nak tergelak pun ada. Bila saya taip perkataan MANZIL dienjin pencari google segera saya dapati beberapa link antara yang teratas ialah blog saya sendiri. Saya nak tergelak bila membaca komen2 dari individu yang saya 'kenali' yang mengaku tidak pernah berguru kepada sebarang ulama hanya berguru dengan kitab-kitab bacaannya. Dan saya juga pergi melihat perbincangan dalam forum yg saya 'alergy', sekadar melihat apa yang dibualkan tentang buku Manzil ini.

Sebenarnya saya dah beli buku manzil ini lama, tiada siapa yang merekomenkan kepada saya. Hanya gerak hati saya sahaja yang membuatkan saya terbeli buku ini dari satu toko buku di Kelang. Selepas lebih satu tahun barulah buku ini saya jumpa semula dan saya baca semua isi kandunganya termasuk prakata dari penerbit. Saya tidak dapati apa2 zikir dalam buku manzil ini ,ianya hanya petikan2 ayat2 lazim yang biasa saya amal cuma susunan dalaman pilihan ayat2 tersebut yang disusun mengikut sebuah hadis yang dikatakan sebagai dhaif. lalu saya bertanya kepada guru takwid saya (yg bersanad ), beliau menggalakkan amalan ayat2 tersebut dan tidak ditetapkan masa dan kaedahnya. Beramallah mengikut niat kita, kerana niat juga merupakan doa dan ayat al-qur'an itu sebagai pemangkin.

Saya bukanlah pengkaji buku2 hadis. Tetapi bila saya beramal yang penting bagi saya ialah apakah ayat yang kita baca itu mengandungi perkataan syirik atau tidak. Kedua apakah cara kita amalkan itu syirik atau bertentangan dengan mana-mana suruhan atau larangan agama. Ayat2 al-qur'an yg dihimpun dalam buku manzil ini tidak diwajibkan baca pada hari tertentu atau ada suasana tertentu. Hadis yang dijadikan sandaran terkumpulnya beberapa ayat2 'power' inilah yang dipertikaikan oleh pihak/puak yang memang terkenal suka membid'ahkan amalan tradisi.

Persoalan dan perbincangan mereka biasanya didorong olegh rasa syak dan menyangka bahawa semua amalan golongan yang tidak masuk 'geng' mereka (tidak berada dalam forum maya) adalah amalan ikut-ikutan sama macam baca yasin malam Jumaat. Lalu ada diantara ahli forum tersebut (yg tak perlu dinyatakan) yang belum lagi mentelaah buku manzil tetapi secepat kilat pula menyarankan pembaca membaca buku yg mereka yakin telah di takhrij hadis2nya.

Ini secaca tak langsung nak mengatakan siapa yang mengamalkan bacaan ayat2 al-qur'an dalam buku manzil itu melakukan bid'ah... lucunya tak habis2 dengan bid'ah dan mengkagumi diri sendiri/kelompok.Itulah yang saya rasa lucu hari ini. Lucu dengan sikap sesetengah ummat yang terasa banyak ilmu didada lalu ilmu orang lain hendak ditepis begitu sahaja. Mereka ni amalannya kita pun tak tahu, ttp lagaknya macam ulama besar yg doanya makbul walhal mereka bukanlah guru tajwid atau guru2 yang mengajar ilmu. Tahap kefasihan bacaan al-qur'an dan tahap fahaman bahasa Arab mereka pun belum terbukti mampu mentafsir ayat al-qur'an.

Sepatutnya pergi beli buku tu bukannya mahal. Kalau susah2 bagi alamat kpd saya , saya akan hantar ke alamat yg diberi. Kaji dulu, amalkan baru buka mulut! Jangan kerana satu hadis yg kunun sanadnya daif, habis amalan al-qur'an pun dinafikan. Kemudian saran pula orang baca buku2 lain macamlah depa tu ulama besar boleh jadi hakim rujukan. Malang kalau ada umat Islam mendewakan diri sendiri atau kelompok sendiri disamping itu cuba pula memperlehekan ulama lain sampai isu penerbit buku pun dijadikan bahan pertikaian.Apakah ilmu itu akan berkurangan nilainya jika diterbitkan oleh penerbit tertentu. Tambah lucu jadinya.

Ingatlah firman Allah s.w. dalam surah an-nahl ayat 116 .Mafhumnya:'Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. "

Thursday, May 7, 2009

manzil pocket size



Malam tadi saya sempat ke pustaka al-ansar di Kuantan parade mencari buku manzil ini untuk dihadiahkan kpd kawan2. Alhamdulillah dapat terbitan baru manzil bersaiz poket harganya pun istimewa cuma RM1.50 sebuah. Dapatlah saya beli banyak dan hadiahkan kepada mereka yg mahu amalkan.

Nampaknya hari ini atau esok saya kena beli lagi, kerana ada niat nak hadiahkan kepada kawan-kawan sempena bulan Mei yg istimewa. Mudah2an lebih ramai lagi yang akan beramal dengan al-qur'an dan kita realisasikan slogan 'tiada hari tanpa al-qur'an' , insyaAllah.

Jadi sesiapa yang berhajat untuk memiliki dan beramal dengan ayat2 dalam buku manzil ini, berikan nama dan alamat pos kepada email saya di la_abwa@yahoo.co.uk. Cetakan buku ini amat jelas mengikut resam uthmani dan ada terjemahan.Saya akan beri percuma sepanjang Mei ini.

Ayat2 yang terdapat dalam buku manzil ini mudah dihafaz, elok sangat kalau dijadikan amalan dan pendinding kepada umat Islam khususnya wanita. Mudah2an kita terhindar dari fitnah, pukau dan permainan sihir yang masih digunakan oleh sebahagian masyarakat yg jahil. Tak rugi amalkan ayat al-qur'an, bukan maknanya kita tak membaca keseluruhan al-qur'an, tetapi kita utamakan ayat2 yang boleh memberikan 'vitamin ' kepada roh kita. Membaca dan mentadabbur al-qur'an kita amalkan juga ikut kemampuan.

Thursday, April 16, 2009

Ayat manzil


Manzil adalah kumpulan beberapa ayat yang mempunyai makna dan khasiat yang sangat mustajab jika diamalkan dengan penuh tawajjuh oleh pengamalnya dengan niat untuk menghindari diri dari gangguan sihir, malapetaka buruk,penyakit2 kronik dan sebagainya.

Saya telah bertanya dengan guru tajwid saya, ustaz Zainudin zakaria,Imam masjid Tengku ampuan afzan, Kuantan .beliau memberikan galakan kepada sesiapa sahaja yang ingin beramal secara istiqomah akan ayat2 tersebut kerana ianya juga diamalkan oleh para ulama silam . Ada juga ulama yg mengumpulkan ayat dan zikir lain seperti dalam buku al-makthurat. Ayat2 manzil ini biasanya digabungkan dengan ayat munjiyat dan ayat2 syifa serta doa abu darda. Baca'an kesemua ayat2 ini hanya memakan masa 30 minit sahaja, jadi jomlah kita beramal.

Ayat2 manzil yang terdapat dalam buku karangan maulana muhammad Zakaria ini mengandungi ayat2 berikut:-

[1] al-Fatihah

[2] 5 ayat pertama surah al-Baqarah.

[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).

[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).

[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.(284-286)

[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).

[7] ayat 26 dan 27 surah 'Ali Imran

[8] ayat 54-56 surah al-A'raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).

[9] ayat 110-111 dari surah al-isyra

[10] ayat 115-118 surah al-Mukminun (Fata'alallah al-Malikulhaq…………..).

[11] ayat 1-11 dari surah as-saffat

[12] ayat 33-40 surah ar-Rahman

[13]ayat 21-24 dari surah al-Hasyr.

[14] ayat 1-4 dari surah al-jin

[15] surah al-kafirun keseluruhannya.

[16] surah al-Ikhlas keseluruhannya

[17] surah al-Falaq keseluruhannya

[18] surah al-Nas, keseluruhannya.

Pengarang : Maulana Muhammad Zakaria.

ISBN 983-099-718-9

Belilah secara online di Syarikat jaafar rawas . Harga cuma RM2, jadi belilah buku2 lain juga agar berbaloi syarikat tu nak poskan..

Tuesday, January 20, 2009

Munjiyat

Munjiyat - Tujuh ayat Al-Quran yang dikenali sebagai ayat-ayat penyelamat dari kesusahan dan kesulitan. Pengalaman daripada Ibn Sireen r.a telah membuktikan perkara tersebut. Jadikanlah amalan harian anda dan bacalah sejurus selepas membaca Manzil.

Ayat-ayatnya ialah
1-Surah At-Taubah ayat 51
2-Surah Yunus ayat 107
3-Surah Hud ayat 6
4-Surah Hud ayat 56
5-Surah al-ankabut ayat 60
6-Surah Fathir ayat 2
7-Surah Az-zumar ayat 38


Maksud terjemahannya:"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".[At-Taubah-51]


Maksud terjemahannya:"Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."[Yunus-107]


Maksud terjemahannya :"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). [Hud-6]


Maksud terjemahannya " Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. [Hud -56]


Maksud terjemahannya:"Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [al-ankabut-60]


Maksud terjemahannya:"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Fathir-2]


Maksud terjemahannya:"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri". [Az-zumar-38]

Friday, January 16, 2009

Doa abu darda


Doa Abu Darda r.a. Untuk Meyelamatkan Diri dan Hartanya dari Malapetaka

Talha r.a. meriwayatkan:
"Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama.

pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

Abu Darda menjawab: "Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."