Thursday, April 16, 2009
Ayat manzil
Manzil adalah kumpulan beberapa ayat yang mempunyai makna dan khasiat yang sangat mustajab jika diamalkan dengan penuh tawajjuh oleh pengamalnya dengan niat untuk menghindari diri dari gangguan sihir, malapetaka buruk,penyakit2 kronik dan sebagainya.
Saya telah bertanya dengan guru tajwid saya, ustaz Zainudin zakaria,Imam masjid Tengku ampuan afzan, Kuantan .beliau memberikan galakan kepada sesiapa sahaja yang ingin beramal secara istiqomah akan ayat2 tersebut kerana ianya juga diamalkan oleh para ulama silam . Ada juga ulama yg mengumpulkan ayat dan zikir lain seperti dalam buku al-makthurat. Ayat2 manzil ini biasanya digabungkan dengan ayat munjiyat dan ayat2 syifa serta doa abu darda. Baca'an kesemua ayat2 ini hanya memakan masa 30 minit sahaja, jadi jomlah kita beramal.
Ayat2 manzil yang terdapat dalam buku karangan maulana muhammad Zakaria ini mengandungi ayat2 berikut:-
[1] al-Fatihah
[2] 5 ayat pertama surah al-Baqarah.
[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).
[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.(284-286)
[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).
[7] ayat 26 dan 27 surah 'Ali Imran
[8] ayat 54-56 surah al-A'raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[9] ayat 110-111 dari surah al-isyra
[10] ayat 115-118 surah al-Mukminun (Fata'alallah al-Malikulhaq…………..).
[11] ayat 1-11 dari surah as-saffat
[12] ayat 33-40 surah ar-Rahman
[13]ayat 21-24 dari surah al-Hasyr.
[14] ayat 1-4 dari surah al-jin
[15] surah al-kafirun keseluruhannya.
[16] surah al-Ikhlas keseluruhannya
[17] surah al-Falaq keseluruhannya
[18] surah al-Nas, keseluruhannya.
Pengarang : Maulana Muhammad Zakaria.
ISBN 983-099-718-9
Belilah secara online di Syarikat jaafar rawas . Harga cuma RM2, jadi belilah buku2 lain juga agar berbaloi syarikat tu nak poskan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hanya perlu amalkan je ker or kna buat mcm ritual ape2
ritual? ape tu? amalkan ade cara bukan main sembarang je. silap2 makan diri. kena ada guru ayat manzil ni berat. kalau boleh ada kawan. sekadar berkongsi.
Baca dgn niat baik inshaAllah dpt yg baik
Xperlu ada 'guru ayat manzil' sbb ayat2 alQuran ni mmg diturunkan untuk dibaca dan diamalkan..
Post a Comment