Saturday, June 21, 2008

12-Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji

2 comments:

NbI @ NuRiHSaN said...

Assalamualaikum ukhti, ana tak dpt baca posting anti krn tulisannya (font) tdk jelas. mungkin boleh buat perubahan dari segi backgroundnya. afwan. Barokallahu feek.

la_abwa said...

Maaf nuruhsan, saya tak perasan komen enta. saya dah betulkan , t/kasih atas teguran.