Saturday, September 28, 2013

Surah-surah penerang hati


Assalamu'alaikum, Sudah begitu lama saya tidak mengemaskini blog ni...diam tak diam dah lebih dua tahun! Begitulah betapa cepatnya masa berlalu dan berbagai kegiatan membuatkan kita kesempitan masa untuk memanfaatkan blog. Tentunya kerana ujudnya media komunikasi yang lebih popular seperti FACEBOOK. Walau facebook begitu cepat popular tetapi Blog tetap ada kelebihannya. Blog dapat memuatkan tulisan secara lebih tertib dan teratur. Perkongsian ilmu kali ini diambil dari rancangan "Assalamu'alaikum' di TV alhijrah yang mengundang ustaz Dr Mohd Izhar Ariff pada pagi tadi (28/9/2013-Sabtu). Ustaz menurunkan ilmu untuk diamalkan oleh pencinta ilmu untuk memudahkan proses menghadam ilmu dan mengingatinya. Ayat2 tersebut ialah:

 1-Ayat 66 surah al-khafi
mafhumnya:"Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

 2-Ayat 79 surah al anbiya
mafhumnya :"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

 3-Ayat 35 surah an-nur
Mafhumnya:'Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. "

 4-Keseluruhan surah Asy-syar-h Rujuk di sini :http://www.surah.my/9

 5-Ayat 1-5 Surah al-'alaq Rujuk di sini :http://www.surah.my/9

 Amalkan membaca ayat2 tersebut setiap hari disamping al-fatihah dan selawat ke atas Nabi s.a.w. Sekian, semuga bermanfaat.

Friday, August 5, 2011

Al-qur'an readpen- Teknologi yg berguna


Gambar di atas adalah kompen yg terdapat dalam seunit al-qur'an readpen model M900 yg saya beli pada 2 ogos 2011 sempena Ramadhan al-Kmubarak 1432H. Saya beli 10 naskah dengan harga RM2100, dan saya agih2kan kepada keluarga ,jiran dan rakan dengan harga RM210 senaskah. Sudah sebulan menggunanya, ada sikit sebanyak kelemahan readpen ini antaranya ialah ianya hanya mempunyai 3 Qari tidak seperti iklannya kunun ada 6 Qori (reciters).Rasa tertipu pun ada. Tetapi pembekal bagi alasan, memori tak cukup besar untuk menempatkan bacaan 6 qori.... saya terima alasan itu kerana terpaksa sebab dah beli lagipun agak murah :)

Masalahnya jika tak mampu nak download 6 qori jangan iklankan 6 qari tu... itu sahaja. Mudah muamalah dalam Islam ni, asasnya ialah jujur dan amanah. Kalau ada kecacatan kena beritahu pengguna akan kecacatannya. Satu lagi ialah terjemahan bahasa malazia (bahasa indon sebenarnya), terjemahan ini ada beberapa tempat yg berlapis/berulang2 terjemahannya. Contohnya terjemahan surah al-'alaq. Namum kecacatan ini tidak menjadikan ianya satu kesalahan, cuma ada ciptaan manusia mesti ada kelemahan.

Gambar diatas menunjukkan komponen readpen model M900 dengan jelas. Satu hal yg saya suka ialah tentang kejelasan/kekuatan suara yg dilontarkan oleh speaker readpen ini, cukup kuat untuk telinga yg sehat dan normal.Kalau telinga dah double troble 'sound'nya, tak dapek den nak tolong. Ianya juga menggunakan charger tidak menggunakan bateri seperti biasa sesetengah model yg lain. Kita ada pilihan sama ada nak guna readpen berserta al-qur'an yg disediakan atau nak guna readpen beserta buku panduan. Bagi mereka yg mahu membawa readpen ke mana2, boleh masukkan dalam kocek atau handbag bersama dengan buku kecil itu. Maknanya tak perlu wudhu untuk memegang pen dan buku kecil.

Pakej item :
1. Al-Quran karim khas (pen hanya boleh baca al-qur'an yg disediakan)
2. Pen reader (M900)
3. Charger,
4. Earphone,
5. Beg kain,
6. User Manual-buku panduan kecil
7. Penanda al-qur'an yg juga boleh diguna untuk memilih reciter/qari, terjemahan dll
8. USB cable-untuk download nasyid dari internet/PC dan untuk menyambung charger
9. Batteries: Built-in Li batteries

Selain itu pen ini boleh membaca/mengajar tajwid.Buku tajwid disediakan.Semalam jiran saya tanya kenapa dia tunjuk pen ke buku tajwid tapi tak bersuara pun. Rupanya dia tak pilih/tekan butang 'at-tajwid'.Hah sampai kiamatlah pen tu tak akan baca. Mesti tekan butang2 yg berkenaan dulu baru tunjuk pen tu ke mana2 buku yg kita nak dia baca.Kemudian dia minta saya upload beberapa lagu nasyid ke dalam pen tersebut.Itulah untungnya kalau kita celik IT, dapat kita bantu orang yang rabun IT, sure dapat pahala.

Pihak pembekal tidak sediakan manual. Pandai2 kita lah nak baca buku panduan yg disediakan dalam bahasa inggeris tu. Kepada yg tak faham saya tolong ajarkan. Hari ini saya jumpa satu video di youtube tentang cara menggunanya.. mari kita lihat vedeo di bawah. Semuga dapat membantu sesiapa yg nak beli model ni.
http://www.youtube.com/watch?v=hmj6gas90yc

Video tersebut hanya tunjuk cara guna:
1) Readpen dengan al-qur'an yg disediakan
2) Readpen dengan buku tajwid
cara guna readpen dengan buku panduan/buku kecil tak ditunjuk. Mungkin saya kena buatkan videonya lah.. tak tahu bila boleh siap :). Sebenarnya cara guna readpen dengan buku itulah yg patut ditonjolkan kerana rujukan dalam buku tu penting.

Terkini readpen ini dijual dengan harga Rm1900 untuk sepuluh naskah. Ciri2nya sudah ditambahbaik, ada 5 pembaca/Qari termasuk Saad al-ghaamidi dan syeikh Sudais. Saya terpaksa tunggu pembekal hantar sofware untuk saya reset readpen saya dan masukkan bacaan Qari tersebut. Bayangkan kalau pembeli buta IT, nak upload pun tak reti.... rugi begitu sahajalah kerana terpikat dengan harga yg murah rupanya isinya kurang. Harap2 pembekal yg berkenaan dapat baiki kualiti pemasarannya kalau nak bertapak lama dalam perniagaan lebih2 lagi kita berniaga al-qur'an. Saya sendiri pun bukan ambil untung cuma tolong beli dan tolong tunjuk sahaja.Sekarang ni pengguna pun dah bijak, jika pembekal tak boleh sedia 'after sale service', mereka akan beli dari pembekal yg lain.Harap maklum.

Saturday, February 12, 2011

Doa sebelum salam


اَللَّهُـمَّ إِنيِّ أَعوُذُ بِكَ مِنْ عَذاَبِ جَهَنَّمَ،وَمِنْ عَذاَبِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَماَتِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ


Allahumma inni a'udhu bika min 'adhabi jahannam, wa min 'adhabil-qabr, wa min fitnatil-mahya wal-mamat, wa min fitnatil-masihid-Dajjal.

O Allah! I seek Your protection from the torture of hell, and I seek Your protection from the torture of the grave, and I seek refuge with You from the mischief of life and death, and I seek Your protection from the mischief of Dajjal pretending as Messiah.
[Sahih al-Bukhari 2:102, Muslim 1:412, 588]

Monday, September 6, 2010

Apa makna khatam qur'an?



Amalan bacaan al-Quran adalah merupakan salah satu ibadah yang amat dituntut oleh agama seperti yang digambarkan sejarah di mana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Abdullah bin Abbas membaca dan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu. Rasulullah s.a.w. bersabda: اقرأوا القرءان فإنه يأتى يوم القيامة شفيعا لأصحابه yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya”.

Bermula dari sini dapatlah kita fahami tentang betapa pentingnya amalan bacaan al-Quran di dalam diri setiap individu. Para sahabat r.a. dan juga salaf dan khalaf, mereka sentiasa memperbanyakkan bacaan al-Quran di dalam kehidupan mereka sehingga menjadikan khatam al-Quran sebagai salah satu amalan yang wajib dilakukan. Mungkin kita akan terperanjat dan kehairanan dengan kisah kehidupan mereka, kerana ada di antara mereka yang dapat mengkhatamkan al-Quran sehingga 2 atau 3 kali dalam sehari!… Namun itulah hakikat dan perbandingan, betapa mulia dan jauhnya pengabdian mereka berbanding kita!…petikan dari :web berikut

Hari ini saya teramat gumbira kerana dapat membaca keleseluruhan al-qur'an , maknanya khatam sekali dalam bulan yg mulia ini. Yer la , orang lain khatam 4-5 kali tak bising pun. Kepada yg kenal dan memahami saya, saya khabarkan melalui sms kerana biasalah kami begitu. Seronok bukan nak me'riak'. Ada sorang kawan yg balas "apa makna khatam al-qu'an? Saya tahu dia bergurau kerana sebelum ini di dalam kelas al-qur'an ustaz kami ada sembang bab khatam al-qur'an. Dan saya juga ada menulis kemusykilan saya di FB, bila diberitakan bahawa Imam syafei khatam al-qur'an 3 kali sehari. Mungkin kah?

Bila saya dapat mengkhatam alqur'an dalam tempoh masa 10 hari ditolak masa 'cuti' dan tidak sehat maka saya hampir percaya kenyataan itu (menghatam 3x sehari) itu munasabah sebenarnya. Saya khatam lambat kerana saya tak hafaz. Saya terpaksa bergantung kepada musyaf resam ustmani yg ada panduan takwid. Bila masuk juzuk 26 bacaan dah mula lembab sebab ayat2 dah mula susah disebut. Imam syafei adalah hafaz Qur'an, dia seorang berbangsa Arab berbahasa arab dan tidak bergantung kpd teks. Tentu dia boleh membaca sambil membuat kerja lain (sambil menulis, membaca dan mengjar).

Tentang saranan Rasulullah supaya umatnya mengkhatam al-qur'an dalam 3 hari adalah bersifat umum supaya tidak memberatkan umat . Sama seperti saranan untuk solat tarawih 8 rakaat. Kerana perkara itu sunat dan selesa untuk ummat ttp tidak ada salah bg mereka yg mampu buat lebih. Malangnya ada tokoh2 agama yang ringan mulut mengatakan perkara tersebut adalah ghuluw atau berlebih2an menyanjung seseorang imam.

Kegumbiraan saya pula lain maknanya. Gumbira kerana dapat juga mencapai target dalam kekalutan masa dan dunia yg sentiasa menggoda. Kedua ,gumbira sebab dah jumpa guru qur'an wanita yg bakal saya pelajari Qur'an darinya(tajwid).Kegembiraan saya ini adalah kegumbiraan orang jahil, kalau orang dah segunung ilmunya, mungkin lain pula targetnya. Mungkin untuk mengajar 10 setahun.Ketiga , gumbira sebab lepas ni boleh lah 'ketam' baju raya pula :).Mudah2an dapat siap sehelai jadi la :).

Tradisi yg kurang baik dikalangan umat melayu ialah merayakan majlis khatam besar2an tetapi lepas itu qur'an tak dibuka2 sehingga majlis nikahnya atau buka masa majlis kematian dan malam jumaat (setakat Yasin) atau khatam setahun sekali. Paling teruk kalau baca qur'an pun tak tahu dan tak mahu pula belajar. Tunggu pencen baru nak belajar. Saya juga gumbira dapat menguja jiran2 supaya belajar mengaji,belajar memahami/terjemah al-qur'an , tadarrus dan kurangkan sindrom menghias rumah dan buat kueh raya berlebih2an.

Baru2 ini ada rakan egroups yg menghantar gambar2 rakyat iran bertaddarus beramai2 di sepanjang bulan Ramadhan. Ada yg menghantar video iklan baca qur'an dalam kereta. Tetapi Malaysia ku masih ghairah dengan bazaar ramadhan, tidak prihatin dengan makanan yg sentiasa ada untuk dibuang. Kita bangga dengan adanya orang kaya yg sponsor lauk pauk dimasjid tetapi duka kerana makanan di masjid lebih banyak dari jemaah yg datang. Ada juga cerita jemaah curi makanan ketika orang solat maghrib.

Kita teruja bila peniga mengaut untung berlipat ganda dalam bulan Ramadhan. Tetapi kita cepat lupa bila Allah beri amaran datangnya ribut mengorbankan peniaga bazaar Ramadhan yg berniaga sejak jam 2 petang di satu tempat di Melaka.Mampukah kita lahirkan umat melayu khususnya peniaga, yg sanggup tutup perniagaan di bulan Ramadhan untuk cari perniagaan yg tak rugi ('tijaratan lan tabur') di akhirat? Allah menyediakan pahala 70 kali ganda bagi setiap ibadah, dan ada satu hari yg menyamai 1000 bulan di akhir Ramadhan ttp kita masih mengejar beribu RM, hakikatnya RM tak kemana. Lepas Ramadhan duit yg banyak pun ranap macam bueh sabun, ada kala masalah datang semakin menimpa dan menyulitkan.Fikir2kan.



Thursday, August 12, 2010

Kuasa pada suara


Semua manusia punya suara termasuk orang bisu. Pada suara manusia itu ada tanda kebesaran Allah s.w.t. Lihatlah betapa ramai manusia yang mengkagumi suara manusia yang lunak, mersik, parau,lantang dan lemak merdu. Suara setiap manusia itu ada kelainanan sepertimana juga wajahnya. Sekalipun manusia kembar, masih boleh dibezakan sama ada suara atau wajahnya. Itulah kebezasan Allah yg menjadikan manusia punya suara. Suara adalah bunyi, hakikat suara ini kita tak tahu.Ia hanya boleh didengar ketika dilafaz dan apabila dirakamkan.



Sedapnya suara seseorang boleh memberikan impak yang berbeza kepada pendengar.Tepatnya sebutan sesuatu istilah juga memberikan impak yang berbeza kepada kita. Suara boleh dialunkan, boleh dilenggokkan dan boleh digetarkan. Semuanya bergantung kepada kemahiran manusia itu sendiri. Dari kemahiran dan kesenian inilah lahirnya ilmu tarannum dalam melagukan kalamullah (al-qur'an). Saya suka mendengar al-qur'an yang dilagukan secara tarannum tetapi saya sendiri gagal membaca dengan kaedah tarannum yang sedia ada , tiada satu tarannum pun mampu saya ikuti buat masa ini. Mungkin kerana tak ada seni langsung :)



Membaca al-qur'an bertarannum (berlagu) bukan satu kewajipan tetapi adalah satu kelebihan.Yang penting ialah tajwidnya betul.Saya sangat meminati bacaan dan suara Imam di masjidil Haram iaitu Shaikh Abdul Rahman As-sudais. Selain beliau bacaan dan suara yg sedap ialah sheikh Saad al-ghamidi dan Shaikh Su'ud As-Suraim yang biasanya bergandingan dengan as-sudais.Setiap mereka membaca dengan lenggok gaya tersendiri yang boleh dikenali oleh peminat-peminat mereka. Bagi saya susah untuk meminati selain dari suara syeikh as-sudais sekalipun program akademi al-qur'an saban tahun melahirkan generasi baru dengan suara dan tarannum yang hebat.



Malam ini tak sia2 saya bersengkang mata menunggu siaran langsung dari Makkah untuk mengkuti bacaan imam sambil menelaah makna dan meneliti sebutan2 imam yang sememangnya berbahasa Arab. Semalam imam bertugas adalah as-suraim dan seorang imam baru, saya fikir As-sudais sudah berehat, rupanya beliau masih diperlukan. Alhamdulillah. Walaupun kita boleh mendengar suaranya dari rakaman yang telah sedia ada tetapi suara siaran langsung berbeza. Terasa jiwa dah terbang ke Makkah. Syukur kepada Allah yg mengurniakan kepandaian kpd manusia mencipta teknologi sehinga suara yg beribu batu dapat kita dengar secara langsung dalam waktu yg sama (real time). Mudah2an saya dapat berjaga sepanjang ramadhan ..amin.