Showing posts with label khilaf. Show all posts
Showing posts with label khilaf. Show all posts

Monday, September 6, 2010

Apa makna khatam qur'an?



Amalan bacaan al-Quran adalah merupakan salah satu ibadah yang amat dituntut oleh agama seperti yang digambarkan sejarah di mana Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Abdullah bin Abbas membaca dan mengkhatamkan al-Quran sekali dalam seminggu. Rasulullah s.a.w. bersabda: اقرأوا القرءان فإنه يأتى يوم القيامة شفيعا لأصحابه yang bermaksud: “Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya”.

Bermula dari sini dapatlah kita fahami tentang betapa pentingnya amalan bacaan al-Quran di dalam diri setiap individu. Para sahabat r.a. dan juga salaf dan khalaf, mereka sentiasa memperbanyakkan bacaan al-Quran di dalam kehidupan mereka sehingga menjadikan khatam al-Quran sebagai salah satu amalan yang wajib dilakukan. Mungkin kita akan terperanjat dan kehairanan dengan kisah kehidupan mereka, kerana ada di antara mereka yang dapat mengkhatamkan al-Quran sehingga 2 atau 3 kali dalam sehari!… Namun itulah hakikat dan perbandingan, betapa mulia dan jauhnya pengabdian mereka berbanding kita!…petikan dari :web berikut

Hari ini saya teramat gumbira kerana dapat membaca keleseluruhan al-qur'an , maknanya khatam sekali dalam bulan yg mulia ini. Yer la , orang lain khatam 4-5 kali tak bising pun. Kepada yg kenal dan memahami saya, saya khabarkan melalui sms kerana biasalah kami begitu. Seronok bukan nak me'riak'. Ada sorang kawan yg balas "apa makna khatam al-qu'an? Saya tahu dia bergurau kerana sebelum ini di dalam kelas al-qur'an ustaz kami ada sembang bab khatam al-qur'an. Dan saya juga ada menulis kemusykilan saya di FB, bila diberitakan bahawa Imam syafei khatam al-qur'an 3 kali sehari. Mungkin kah?

Bila saya dapat mengkhatam alqur'an dalam tempoh masa 10 hari ditolak masa 'cuti' dan tidak sehat maka saya hampir percaya kenyataan itu (menghatam 3x sehari) itu munasabah sebenarnya. Saya khatam lambat kerana saya tak hafaz. Saya terpaksa bergantung kepada musyaf resam ustmani yg ada panduan takwid. Bila masuk juzuk 26 bacaan dah mula lembab sebab ayat2 dah mula susah disebut. Imam syafei adalah hafaz Qur'an, dia seorang berbangsa Arab berbahasa arab dan tidak bergantung kpd teks. Tentu dia boleh membaca sambil membuat kerja lain (sambil menulis, membaca dan mengjar).

Tentang saranan Rasulullah supaya umatnya mengkhatam al-qur'an dalam 3 hari adalah bersifat umum supaya tidak memberatkan umat . Sama seperti saranan untuk solat tarawih 8 rakaat. Kerana perkara itu sunat dan selesa untuk ummat ttp tidak ada salah bg mereka yg mampu buat lebih. Malangnya ada tokoh2 agama yang ringan mulut mengatakan perkara tersebut adalah ghuluw atau berlebih2an menyanjung seseorang imam.

Kegumbiraan saya pula lain maknanya. Gumbira kerana dapat juga mencapai target dalam kekalutan masa dan dunia yg sentiasa menggoda. Kedua ,gumbira sebab dah jumpa guru qur'an wanita yg bakal saya pelajari Qur'an darinya(tajwid).Kegembiraan saya ini adalah kegumbiraan orang jahil, kalau orang dah segunung ilmunya, mungkin lain pula targetnya. Mungkin untuk mengajar 10 setahun.Ketiga , gumbira sebab lepas ni boleh lah 'ketam' baju raya pula :).Mudah2an dapat siap sehelai jadi la :).

Tradisi yg kurang baik dikalangan umat melayu ialah merayakan majlis khatam besar2an tetapi lepas itu qur'an tak dibuka2 sehingga majlis nikahnya atau buka masa majlis kematian dan malam jumaat (setakat Yasin) atau khatam setahun sekali. Paling teruk kalau baca qur'an pun tak tahu dan tak mahu pula belajar. Tunggu pencen baru nak belajar. Saya juga gumbira dapat menguja jiran2 supaya belajar mengaji,belajar memahami/terjemah al-qur'an , tadarrus dan kurangkan sindrom menghias rumah dan buat kueh raya berlebih2an.

Baru2 ini ada rakan egroups yg menghantar gambar2 rakyat iran bertaddarus beramai2 di sepanjang bulan Ramadhan. Ada yg menghantar video iklan baca qur'an dalam kereta. Tetapi Malaysia ku masih ghairah dengan bazaar ramadhan, tidak prihatin dengan makanan yg sentiasa ada untuk dibuang. Kita bangga dengan adanya orang kaya yg sponsor lauk pauk dimasjid tetapi duka kerana makanan di masjid lebih banyak dari jemaah yg datang. Ada juga cerita jemaah curi makanan ketika orang solat maghrib.

Kita teruja bila peniga mengaut untung berlipat ganda dalam bulan Ramadhan. Tetapi kita cepat lupa bila Allah beri amaran datangnya ribut mengorbankan peniaga bazaar Ramadhan yg berniaga sejak jam 2 petang di satu tempat di Melaka.Mampukah kita lahirkan umat melayu khususnya peniaga, yg sanggup tutup perniagaan di bulan Ramadhan untuk cari perniagaan yg tak rugi ('tijaratan lan tabur') di akhirat? Allah menyediakan pahala 70 kali ganda bagi setiap ibadah, dan ada satu hari yg menyamai 1000 bulan di akhir Ramadhan ttp kita masih mengejar beribu RM, hakikatnya RM tak kemana. Lepas Ramadhan duit yg banyak pun ranap macam bueh sabun, ada kala masalah datang semakin menimpa dan menyulitkan.Fikir2kan.



Tuesday, July 28, 2009

Amalkan manzil pun dikatakan bid'ah?

Saya rasa lucu dan nak tergelak pun ada. Bila saya taip perkataan MANZIL dienjin pencari google segera saya dapati beberapa link antara yang teratas ialah blog saya sendiri. Saya nak tergelak bila membaca komen2 dari individu yang saya 'kenali' yang mengaku tidak pernah berguru kepada sebarang ulama hanya berguru dengan kitab-kitab bacaannya. Dan saya juga pergi melihat perbincangan dalam forum yg saya 'alergy', sekadar melihat apa yang dibualkan tentang buku Manzil ini.

Sebenarnya saya dah beli buku manzil ini lama, tiada siapa yang merekomenkan kepada saya. Hanya gerak hati saya sahaja yang membuatkan saya terbeli buku ini dari satu toko buku di Kelang. Selepas lebih satu tahun barulah buku ini saya jumpa semula dan saya baca semua isi kandunganya termasuk prakata dari penerbit. Saya tidak dapati apa2 zikir dalam buku manzil ini ,ianya hanya petikan2 ayat2 lazim yang biasa saya amal cuma susunan dalaman pilihan ayat2 tersebut yang disusun mengikut sebuah hadis yang dikatakan sebagai dhaif. lalu saya bertanya kepada guru takwid saya (yg bersanad ), beliau menggalakkan amalan ayat2 tersebut dan tidak ditetapkan masa dan kaedahnya. Beramallah mengikut niat kita, kerana niat juga merupakan doa dan ayat al-qur'an itu sebagai pemangkin.

Saya bukanlah pengkaji buku2 hadis. Tetapi bila saya beramal yang penting bagi saya ialah apakah ayat yang kita baca itu mengandungi perkataan syirik atau tidak. Kedua apakah cara kita amalkan itu syirik atau bertentangan dengan mana-mana suruhan atau larangan agama. Ayat2 al-qur'an yg dihimpun dalam buku manzil ini tidak diwajibkan baca pada hari tertentu atau ada suasana tertentu. Hadis yang dijadikan sandaran terkumpulnya beberapa ayat2 'power' inilah yang dipertikaikan oleh pihak/puak yang memang terkenal suka membid'ahkan amalan tradisi.

Persoalan dan perbincangan mereka biasanya didorong olegh rasa syak dan menyangka bahawa semua amalan golongan yang tidak masuk 'geng' mereka (tidak berada dalam forum maya) adalah amalan ikut-ikutan sama macam baca yasin malam Jumaat. Lalu ada diantara ahli forum tersebut (yg tak perlu dinyatakan) yang belum lagi mentelaah buku manzil tetapi secepat kilat pula menyarankan pembaca membaca buku yg mereka yakin telah di takhrij hadis2nya.

Ini secaca tak langsung nak mengatakan siapa yang mengamalkan bacaan ayat2 al-qur'an dalam buku manzil itu melakukan bid'ah... lucunya tak habis2 dengan bid'ah dan mengkagumi diri sendiri/kelompok.Itulah yang saya rasa lucu hari ini. Lucu dengan sikap sesetengah ummat yang terasa banyak ilmu didada lalu ilmu orang lain hendak ditepis begitu sahaja. Mereka ni amalannya kita pun tak tahu, ttp lagaknya macam ulama besar yg doanya makbul walhal mereka bukanlah guru tajwid atau guru2 yang mengajar ilmu. Tahap kefasihan bacaan al-qur'an dan tahap fahaman bahasa Arab mereka pun belum terbukti mampu mentafsir ayat al-qur'an.

Sepatutnya pergi beli buku tu bukannya mahal. Kalau susah2 bagi alamat kpd saya , saya akan hantar ke alamat yg diberi. Kaji dulu, amalkan baru buka mulut! Jangan kerana satu hadis yg kunun sanadnya daif, habis amalan al-qur'an pun dinafikan. Kemudian saran pula orang baca buku2 lain macamlah depa tu ulama besar boleh jadi hakim rujukan. Malang kalau ada umat Islam mendewakan diri sendiri atau kelompok sendiri disamping itu cuba pula memperlehekan ulama lain sampai isu penerbit buku pun dijadikan bahan pertikaian.Apakah ilmu itu akan berkurangan nilainya jika diterbitkan oleh penerbit tertentu. Tambah lucu jadinya.

Ingatlah firman Allah s.w. dalam surah an-nahl ayat 116 .Mafhumnya:'Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya. "